Anjuran
Mahasiswa/Siswi Kursus-Kursus Rekreasi, Pusat Sukan Universiti Malaya
Bahagian Perkhidmatan, Pusat Sukan Universiti Malaya
Oleh: Yatiman Bin Kamsidin
Setiausaha Program
Pendahuluan
Sukan rekreasi adalah komponen penting industri sukan negara yang membabitkan sebahagian besar rakyat termasuk komuniti pelajar universiti. Program Ekspedisi Tasik Kenyir 2004 ini, dirancang bertujuan mendedahkan kepada pelajar-pelajar Sains Sukan akan aktiviti sukan rekreasi luar. Aktivitinya termasuklah menyusur tasik, berkhemah, menjelajah gua, mendaki gunung, "flying Fox" dan absailing. Ini membolehkan pelajar-pelajar program Sains Sukan yang mengikuti kursus-kursus Pengurusan Rekreasi:VMES 3126- Rekreasi Untuk Masyarakat, VMES 3127 - Pengurusan Rekreasi dan VME 3128 - Tourisme Sukan, dan VMES 1112 - Pengurusan Sukan: Sau Pengenalan (Kursus Elektif Luar Fakulti)mempraktikan ilmu pengetahuan rekreasi yang dipelajari dalam bentuk praktikal. Pengalaman kajian luar yang dilalui dipercayai akan dapat diaplikasikan dalam pekerjaan dan kehidupan harian.
Matlamat
Aktiviti dijalankan sebagai pendedahan dan sumber pertama untuk penyediaan laporan kerja luar dan penulisan artikel.
Melatih dan membentuk mahasiswa/siswi menjadi pengurus yang berwibawa alam pengurusan sukan rekreasi selepas tamat kursus.
Meningkatkan kemahiran dan kreaviti dalam pengurusan sukan rekreasi.
Wednesday, December 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment